9 Mei - Jam 9.20 malam aku dan keluarga selamat sampai ke Lipis setelah 2 hari lebih berada di Pekan. Pagi tadi Ustaz Othman Md. Din telah menelefon kerana menjemput sekeluarga pada 23 Mei ini ke rumahnya di Kg. Ubai kerana kenduri perkahwinan anaknya sulungnya, Ustaz Zulhelmi (bekas pelajar j-QAF Afzan).
Pukul 9.30 mlm tadi terus ke JSM kerana menyiapkan kerja-kerja yang masih tertunda berkaitan ISO. Itulah diari kehidupan seorang pensyarah yang kadang-kadang agak "stress". Tapi alah bisa tegal dek biasa.
Kemudian lebih kurang pukul 11.00 malam hubungi Celcom Careline (line no: 1111) kerana broadband dah disekat (lupa bayar bill!!). Alhamdulillah sekarang dah disambung semula. Itulah... nak bayar bill pun kadang-kadang tak sempat; habis kerja pukul 5.00 petang; tengah hari sibuk ambil anak, solat, makan, hantar anak semula ke sekolah dan lain-lain. Kena belajar menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.
Sebelum bertolak balik tadi aku menziarahi ibu sekali lagi. Amat sayu sekali wajahnya. Dia pesan minggu depan bawa berjalan-jalan; insya'allah. Bersambung......
Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment